SUMUR BANDUNG

Sunday, May 2, 2010

Sikap Orang Tionghua

Orang cina datang ke Tanah Melayu pada asalnya untuk bekerja dan mencari wang.Negeri Cina pada ketika itu rakyatnya ramai yang hidup susuah.Mereka sanggup meninggalkan tanah tumpah darahnya semata-mata untuk membina hidup baru.Bacalah buku tentang mendiang TS Lim Goh Tong pengasas Genting Highlands yang telah membina empayarnya dalam bidang perniagaan di Malaysia.Prinsipnya semua boleh dilakukan asalkan yakin dan berusaha bersungguh-sungguh.MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan hak dan menjaga kebajikan orang-orang tionghua.Mereka hidup dengan aman dan makmor. Mereka suka di Tanah Melayu kerana mudah mencari wang.Senario politik tanah air berubah diabad ke 21 ini.Semenjak orang melayu berpecah belah kesempatan ini diambil oleh MCA untuk menghancurkan kuasa orang melayu dengan menyokong parti pembangkang yang sedia ada.Mereka menangguk diair yang keruh. Walau pun MCA kalah banyak kerusi dalam PR ke 12 namun kuota kabinet tetap kekal seperti biasa.
Contoh PRK di Ulu Selangor peratus kaum Tionghua yang menyokong kerajaan boleh dipersoalkan.Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana pengalaman saya dalam PR yang lepas penglibatan orang tionghua dalam jentera pilihanraya Daerah mengundi amat mendukacitakan.Mereka tidak terpanggil untuk memastikan kemenangan BN walaupun calon yang bertanding adalah dari kaumnya sendiri apatah lagi kalau calon itu bangsa lain.Jika mereka rasa kurang selesa mereka tidak akan keluar mengundi.Mereka suka tunggu dan lihat.Mereka termakan jerat DAP kerana slogan DAP dalam PR ke 13 'Undi BN menguatkan UMNO'dan MCA hanya menjadi pak turut dan dibuli oleh UMNO. Politik MCA macam main wayang Pek Jee atau wayang kulit. Nampak manis diluar tapi rencong didalam. Berhati-hatilah dengan mereka ini.Jangan sampai cucu cicit ditipu macam mereka tipu bila menimbang. MCA akan menyokong kerajaan yang ada sekira kerajaan dapat membuka peluang perniagaan yang menguntungkan mereka dengan erti kata lain ekonomi yang mampan, menjaga kepentingan sekolah aliran cina dan memastikan keselamatan tokong mereka tidak diganggu gugat oleh sesiapa.Bagaimana dengan orang melayu sanggupkah kita bertelagah tidak berkesudahan ibarat kata pepatah 'menang sorak kampong tergadai'

Sunday, April 25, 2010

Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

Syabas dan taaniah kepada calon BN kerana menang dalam PR kecil di Ulu Selangor. Dalam proses pendemokrasian pilihanraya satu undi pun dikira menang. Apatah lagi dengan majoriti 1700 undi. Pakatan Pembangkang tidak perlu melatah dengan kekalahan di Ulu Selangor. Cuba lagi di PRU ke 13. Mana tahu nasib menyebelahi PP. Saya tidak gunakan (PR) Pakatan Rakyat kerana bukan semua rakyat di negara ini yang berpakat untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Hanya mereka yang hilang pertimbangan lupa akan ketentuan illahi sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan tanah air kerana perjuangan agenda peribadi. Pemimpin BN tidak perlu mendabik dada di atas kemenangan sementara ini kerana pengundi amat bijak ingin melihat sejauh mana janji yang dicurahkan oleh para pemimpin BN ditunaikan dalam masa terdekat ini sebelum menjelangnya PR ke 13. SB berpendapat adalah lebih bijak kiranya kerajaan BN menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai kerajaan yang memerintah memenuhi khendak rakyat tanpa mengira waktu sesuai dengan slogan rakyat didahulukan. Jangan muncul PR kecil baru kerajaan BN bertindak dengan mencurahkan segala wang ringgit dan projek pembangunan. Rakyat pun pandai menilai seolah-olah BN hendak memancing undi. Inilah salah satu isu yang dibangkitkan oleh PP dalam ceramah mereka. Pada pandangan SB sepatutnya BN dan PP tidak lagi menyentuh isu-isu remeh sebaliknya membuat promosi agenda parti masing-masing ke arah mana hala tuju negara ini hendak dibawa biar rakyat yang menilainya. Segala bentuk kempen fitnah memfitnah akhirnya membawa padah dan keburukan kepada santapan minda rakyat di akar umbi khususnya masyarakat di kampong. Gajah sama gajah berjuang kancil juga yang mati tersepit. Orang tionghua macam lalang memerhati saja dari jauh. Dimana ada madu disitulah tempat dia berkurumun. Buat post mortem kemana perginya pengundi tionghua ? Jika negara ini huru hara orang Cina dan India ada negeri asalnya, Orang melayu bagaimana ? Sepatah kata Nabil 'Lu Fikirlah Sendiri'

Thursday, April 22, 2010

Batu Pahat naik taraf

Batu Pahat dari Majlis Daerah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Fungsi majlis bertambah dengan pelbagai aktiviti bagi menjaga imej dan status sebagai sebuah bandar raya yang maju dan progresif. Kaedah mudah mendapat hasil majlis selain cukai ialah mengadakan sistem letak kereta berkupon. Pegawai majlis yang memakai pakaian ala polis mundar mandir melihat kalau ada pemandu yang tidak meletak kupon dikereta dengan pantas surat saman dikeluarkan. Mereka ini cukup rajin mungkin kerana mengejar komisen. Apa yang nak saya kongsi disini orang yang mempunyai kereta bukan semuanya orang berada. Kereta merupakan satu keperluan yang mana orang biasa mampu memilikinya. Pemandu menanggung banyak resiko selain daripada membayar cukai jalan dan insuran mereka juga tidak terkecuali daipada disaman oleh polis dan pihak majlis. Jika pemandu melakukkan kesalahan trafik tindakan yang lebih mesra pelanggan sepatutnya diambil dengan memberi nasihat bukan surat saman semata-mata. Didalam kawasan Majlis Perbandaran sewajarnya diujudkan tempat-tempat letak kereta percuma bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. SB (Sumur Bandung) merasa pelik dan hairan kerana kereta yang diletakkan dikawasan Majlis turut dikenakan saman walaupun pemandu tadi berurusan dengan pihak Majlis untuk membayar bil-bil cukai pintu dan sebagainya. Fikir-fikirkan jangan sampai rakyat merasa bosan dengan tindak tanduk Majlis Perbandaran mengenakan cukai itu dan ini
akhirnya kerajaan yang menjadi mangsa didalam PRU ke 13 kelak.

Monday, April 5, 2010

Calon Ulu Selangor

Sesiapa saja boleh menjadi calon di Ulu Selangor asalkan dia diterima oleh pengundi dikawasan itu. Tak kira calon itu dari UMNO atau pun dari parti komponen BN. Tiada masalah BN untuk menang asalkan semua ahli BN jujur dan memangkah lambang BN bukan memangkah calon. Letak calon melayu pun kalau ada yang tak setuju undi tersebut bertukar menjadi undi protes. Begitu juga kalau letak calon MIC orang india tak setuju pun boleh jadi undi rosak atau memihak ke parti lawan. Keputusan PRU ke 12 PKR menang dengan majoriti tipis iaitu bawah 200 undi tetapi undi rosak jumlahnya amat tinggi . Jika parti yang bertanding dapat kenal pasti undi rosak melebihi 3000 dari pihak mana dan siapa pengundinya, serta mampu menarik mereka maka sudah pasti parti itulah yang akan memenangi PR kecil Parlimen Ulu Selangor yang akan datang. Kalau sumurbandung teropong pilihanraya kali ini PKR akan meletakkan calon seorang Doktor bagaimana dengan BN?

Bekalan air sering terganggu

SAJ merupakan sebuah syarikat bertanggungjawab membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat dinegeri Johor tidak kira diceruk pelusuk mana sekali pun. Singapura negara jiran mendapat bekalan air mentah dari Johor. Raykat Singapura sentiasa berpuas hati dengan khidmat bekalan airnya walaupun rakyatnya tinggal diflat tingkat ke 35. Malang bagi rakyat di Johor walaupun tinggal dirumah setingkat, air paip yang keluar perlahan dan kadangkala tidak keluar langsung. Rakyat masih bersabar dan tetap membayar bil-bil air yang dituntut oleh SAJ. Jika terdapat kebocoran diadu oleh orang awam melalui telefon, sering tindakan yang diambil oleh kakitangan SAJ lambat. Sudah pasti perkara seumpama ini mendatangkan kerugian dan pembaziran.

Wednesday, March 31, 2010

Politik BN

Apabila wakil rakyat kawasan Ulu Selangor meningal dunia maka kekosongan perlu diisi. Lantas MIC (May I Come in) dengan izin mencalonkan bekas calonnya yang tewas dalam PRU ke 12.Pada saya MIC perlu lihat berapa peratus pengundi kaum India dikawasan itu. Jika tidak sampai 30% mengapa beria-ia hendakkan tempat tersebut sedangkan majoritinya pengundi Melayu. Ini bukan masalah perkauman tetapi lebih kepada survival BN wajib menang bagi menentu hala tuju dalam PRU ke 13 kelak. Saya lebih suka melihat calon yang bertanding disatu satu kawasan perlu mengikut majoriti kaum itu. Sebagai contoh jika kawasan itu majoriti kaum tionghua maka biarlah MCA/GERAKAN bertanding melawan pembangkang dari DAP.Kita juga ingin tahu sejauh mana kesetiaan ahli komponen BN. Jika calon DAP menang dikawasan majoriti kaum tionghua maka kesetiaan MCA/GERAKAN boleh kita pertikaikan. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang. Selama ini calon MCA/GERAKAN/MIC letak dikawasa majoriti Melayu mampu untuk meraih kemenangan. Tetapi tidak bagi calon UMNO yang bertanding dikawasan majoriti bukan melayu belum tentu calon UMNO mewakili BN boleh menang.Orang melayu memang suka bersikap bertolak ansur sehingga haknya terhakis sikit demi sedikit bagi menjaga perpaduan kaum dinegara yang tercinta ini.

Pendidikan

NUTP telah mengorak langkah mempertahankan tugas guru yang bertambah masa kini tidak berfokus kepada tugas mengajar dibilik darjah.Bebanan guru ditambah dengan kerja-kerja klinikal.Selama ini walaupun tugas guru rencam tapi masih mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar.Lihat saja keputusan peperiksaan awam saban tahun meningkat pencapaiannya kearah kecemerlangan.Tidak wajar bagi saya, NUTP mempertikaikannya. Jawatan guru bukan saja mengajar tetapi lebih kepada pendidikan.Matlamat pendidikan disekolah ialah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan dalam aspek 'JERIS'. Jika NUTP faham akan matlamat pendidikan disekolah maka sudah sewajarnya NUTP menyokong usaha KPM. Sekolah memerlukan guru yang serba boleh bukan hanya mengajar dan mengabaikan aspek kebajikan, perkembangan sahsiah diri dan aktiviti ko-akademik pelajar. Tidak rugi jika guru melibatkan diri menyumbang kepakaran dan tenaganya dengan memegang pelbagai tugas di sekolah. Guru merupakan sumber inspirasi bukan saja disekolah malahan diluar sekolah masyarakat masih memerlukan khidmat guru dalam kerja-kerja sosial. HIDUP GURU!!!!!

Tuesday, March 30, 2010

astro oh astro

Tahniah kepada Syarikat ASTRO kerana untung RM430.82 juta berakhir 31.1.2010. Pemegang saham Syarikat tentu rasa bangga dan puashati dengan keuntungan yang diperolehi oleh ASTRO. Bagi kami pengguna rasa sebaliknya. Sudahkah pihak Syarikat membuat penilaian kepuasan pengguna sebelum fikirkan keuntungan. Sebagai contoh (1) waktu hujan adakah rancangan di ASTRO boleh ditonton? Kalau purata 10minit sehari pengguna gagal menonton rancangan ASTRO disebabkan hujan dan kiralah dalam sebulan dan setahun? Pengguna tetap membayar kos sewaan langganan bulanan tanpa diberi diskaun walaupun rancangannya tidak dapat ditonton. Conoh (2) Kebanyakan rancangannya diulangi (replay) sehingga penonton rasa bosan. Saya mencadangkan ASTRO mencari strategi menang-menang agar pengguna rasa bayaran yang dikenakan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.