SUMUR BANDUNG

Monday, April 5, 2010

Calon Ulu Selangor

Sesiapa saja boleh menjadi calon di Ulu Selangor asalkan dia diterima oleh pengundi dikawasan itu. Tak kira calon itu dari UMNO atau pun dari parti komponen BN. Tiada masalah BN untuk menang asalkan semua ahli BN jujur dan memangkah lambang BN bukan memangkah calon. Letak calon melayu pun kalau ada yang tak setuju undi tersebut bertukar menjadi undi protes. Begitu juga kalau letak calon MIC orang india tak setuju pun boleh jadi undi rosak atau memihak ke parti lawan. Keputusan PRU ke 12 PKR menang dengan majoriti tipis iaitu bawah 200 undi tetapi undi rosak jumlahnya amat tinggi . Jika parti yang bertanding dapat kenal pasti undi rosak melebihi 3000 dari pihak mana dan siapa pengundinya, serta mampu menarik mereka maka sudah pasti parti itulah yang akan memenangi PR kecil Parlimen Ulu Selangor yang akan datang. Kalau sumurbandung teropong pilihanraya kali ini PKR akan meletakkan calon seorang Doktor bagaimana dengan BN?

2 comments:

  1. Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor mengenalpasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

    Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.

    Beliau berkata punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.

    "Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini pada Rabu.

    Mohd Zin berkata turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

    Beliau berkata punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

    "Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda," katanya.

    Selain enam punca itu, Mohd Zin berkata semangat adik-beradik antara semua kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri itu jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi.

    Katanya semangat adik-beradik itu perlu untuk melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.

    "Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu," katanya.

    Mohd Zin berkata semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan konvensyen hari ini, 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'.

    Pada sesi pagi konvensyen itu lebih 2,000 anggota parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir dan dijangkakan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sebelah petang.

    ReplyDelete
  2. Sebahagian yang diiperkatakan itu benar. Bila rumah dah besar tentu pelbagai masalah yang timbuul.Yang penting perlu ada satu sistem yang terbaik bagi membendung gejala tersebut.Kita perlu bijaksana bukan bijak sini.

    ReplyDelete