SUMUR BANDUNG

Thursday, April 22, 2010

Batu Pahat naik taraf

Batu Pahat dari Majlis Daerah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Fungsi majlis bertambah dengan pelbagai aktiviti bagi menjaga imej dan status sebagai sebuah bandar raya yang maju dan progresif. Kaedah mudah mendapat hasil majlis selain cukai ialah mengadakan sistem letak kereta berkupon. Pegawai majlis yang memakai pakaian ala polis mundar mandir melihat kalau ada pemandu yang tidak meletak kupon dikereta dengan pantas surat saman dikeluarkan. Mereka ini cukup rajin mungkin kerana mengejar komisen. Apa yang nak saya kongsi disini orang yang mempunyai kereta bukan semuanya orang berada. Kereta merupakan satu keperluan yang mana orang biasa mampu memilikinya. Pemandu menanggung banyak resiko selain daripada membayar cukai jalan dan insuran mereka juga tidak terkecuali daipada disaman oleh polis dan pihak majlis. Jika pemandu melakukkan kesalahan trafik tindakan yang lebih mesra pelanggan sepatutnya diambil dengan memberi nasihat bukan surat saman semata-mata. Didalam kawasan Majlis Perbandaran sewajarnya diujudkan tempat-tempat letak kereta percuma bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. SB (Sumur Bandung) merasa pelik dan hairan kerana kereta yang diletakkan dikawasan Majlis turut dikenakan saman walaupun pemandu tadi berurusan dengan pihak Majlis untuk membayar bil-bil cukai pintu dan sebagainya. Fikir-fikirkan jangan sampai rakyat merasa bosan dengan tindak tanduk Majlis Perbandaran mengenakan cukai itu dan ini
akhirnya kerajaan yang menjadi mangsa didalam PRU ke 13 kelak.

No comments:

Post a Comment