SUMUR BANDUNG

Tuesday, March 30, 2010

astro oh astro

Tahniah kepada Syarikat ASTRO kerana untung RM430.82 juta berakhir 31.1.2010. Pemegang saham Syarikat tentu rasa bangga dan puashati dengan keuntungan yang diperolehi oleh ASTRO. Bagi kami pengguna rasa sebaliknya. Sudahkah pihak Syarikat membuat penilaian kepuasan pengguna sebelum fikirkan keuntungan. Sebagai contoh (1) waktu hujan adakah rancangan di ASTRO boleh ditonton? Kalau purata 10minit sehari pengguna gagal menonton rancangan ASTRO disebabkan hujan dan kiralah dalam sebulan dan setahun? Pengguna tetap membayar kos sewaan langganan bulanan tanpa diberi diskaun walaupun rancangannya tidak dapat ditonton. Conoh (2) Kebanyakan rancangannya diulangi (replay) sehingga penonton rasa bosan. Saya mencadangkan ASTRO mencari strategi menang-menang agar pengguna rasa bayaran yang dikenakan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment