SUMUR BANDUNG

Wednesday, March 31, 2010

Pendidikan

NUTP telah mengorak langkah mempertahankan tugas guru yang bertambah masa kini tidak berfokus kepada tugas mengajar dibilik darjah.Bebanan guru ditambah dengan kerja-kerja klinikal.Selama ini walaupun tugas guru rencam tapi masih mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar.Lihat saja keputusan peperiksaan awam saban tahun meningkat pencapaiannya kearah kecemerlangan.Tidak wajar bagi saya, NUTP mempertikaikannya. Jawatan guru bukan saja mengajar tetapi lebih kepada pendidikan.Matlamat pendidikan disekolah ialah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan dalam aspek 'JERIS'. Jika NUTP faham akan matlamat pendidikan disekolah maka sudah sewajarnya NUTP menyokong usaha KPM. Sekolah memerlukan guru yang serba boleh bukan hanya mengajar dan mengabaikan aspek kebajikan, perkembangan sahsiah diri dan aktiviti ko-akademik pelajar. Tidak rugi jika guru melibatkan diri menyumbang kepakaran dan tenaganya dengan memegang pelbagai tugas di sekolah. Guru merupakan sumber inspirasi bukan saja disekolah malahan diluar sekolah masyarakat masih memerlukan khidmat guru dalam kerja-kerja sosial. HIDUP GURU!!!!!

No comments:

Post a Comment