SUMUR BANDUNG

Sunday, April 25, 2010

Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

Syabas dan taaniah kepada calon BN kerana menang dalam PR kecil di Ulu Selangor. Dalam proses pendemokrasian pilihanraya satu undi pun dikira menang. Apatah lagi dengan majoriti 1700 undi. Pakatan Pembangkang tidak perlu melatah dengan kekalahan di Ulu Selangor. Cuba lagi di PRU ke 13. Mana tahu nasib menyebelahi PP. Saya tidak gunakan (PR) Pakatan Rakyat kerana bukan semua rakyat di negara ini yang berpakat untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Hanya mereka yang hilang pertimbangan lupa akan ketentuan illahi sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan tanah air kerana perjuangan agenda peribadi. Pemimpin BN tidak perlu mendabik dada di atas kemenangan sementara ini kerana pengundi amat bijak ingin melihat sejauh mana janji yang dicurahkan oleh para pemimpin BN ditunaikan dalam masa terdekat ini sebelum menjelangnya PR ke 13. SB berpendapat adalah lebih bijak kiranya kerajaan BN menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai kerajaan yang memerintah memenuhi khendak rakyat tanpa mengira waktu sesuai dengan slogan rakyat didahulukan. Jangan muncul PR kecil baru kerajaan BN bertindak dengan mencurahkan segala wang ringgit dan projek pembangunan. Rakyat pun pandai menilai seolah-olah BN hendak memancing undi. Inilah salah satu isu yang dibangkitkan oleh PP dalam ceramah mereka. Pada pandangan SB sepatutnya BN dan PP tidak lagi menyentuh isu-isu remeh sebaliknya membuat promosi agenda parti masing-masing ke arah mana hala tuju negara ini hendak dibawa biar rakyat yang menilainya. Segala bentuk kempen fitnah memfitnah akhirnya membawa padah dan keburukan kepada santapan minda rakyat di akar umbi khususnya masyarakat di kampong. Gajah sama gajah berjuang kancil juga yang mati tersepit. Orang tionghua macam lalang memerhati saja dari jauh. Dimana ada madu disitulah tempat dia berkurumun. Buat post mortem kemana perginya pengundi tionghua ? Jika negara ini huru hara orang Cina dan India ada negeri asalnya, Orang melayu bagaimana ? Sepatah kata Nabil 'Lu Fikirlah Sendiri'

Thursday, April 22, 2010

Batu Pahat naik taraf

Batu Pahat dari Majlis Daerah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Fungsi majlis bertambah dengan pelbagai aktiviti bagi menjaga imej dan status sebagai sebuah bandar raya yang maju dan progresif. Kaedah mudah mendapat hasil majlis selain cukai ialah mengadakan sistem letak kereta berkupon. Pegawai majlis yang memakai pakaian ala polis mundar mandir melihat kalau ada pemandu yang tidak meletak kupon dikereta dengan pantas surat saman dikeluarkan. Mereka ini cukup rajin mungkin kerana mengejar komisen. Apa yang nak saya kongsi disini orang yang mempunyai kereta bukan semuanya orang berada. Kereta merupakan satu keperluan yang mana orang biasa mampu memilikinya. Pemandu menanggung banyak resiko selain daripada membayar cukai jalan dan insuran mereka juga tidak terkecuali daipada disaman oleh polis dan pihak majlis. Jika pemandu melakukkan kesalahan trafik tindakan yang lebih mesra pelanggan sepatutnya diambil dengan memberi nasihat bukan surat saman semata-mata. Didalam kawasan Majlis Perbandaran sewajarnya diujudkan tempat-tempat letak kereta percuma bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. SB (Sumur Bandung) merasa pelik dan hairan kerana kereta yang diletakkan dikawasan Majlis turut dikenakan saman walaupun pemandu tadi berurusan dengan pihak Majlis untuk membayar bil-bil cukai pintu dan sebagainya. Fikir-fikirkan jangan sampai rakyat merasa bosan dengan tindak tanduk Majlis Perbandaran mengenakan cukai itu dan ini
akhirnya kerajaan yang menjadi mangsa didalam PRU ke 13 kelak.

Monday, April 5, 2010

Calon Ulu Selangor

Sesiapa saja boleh menjadi calon di Ulu Selangor asalkan dia diterima oleh pengundi dikawasan itu. Tak kira calon itu dari UMNO atau pun dari parti komponen BN. Tiada masalah BN untuk menang asalkan semua ahli BN jujur dan memangkah lambang BN bukan memangkah calon. Letak calon melayu pun kalau ada yang tak setuju undi tersebut bertukar menjadi undi protes. Begitu juga kalau letak calon MIC orang india tak setuju pun boleh jadi undi rosak atau memihak ke parti lawan. Keputusan PRU ke 12 PKR menang dengan majoriti tipis iaitu bawah 200 undi tetapi undi rosak jumlahnya amat tinggi . Jika parti yang bertanding dapat kenal pasti undi rosak melebihi 3000 dari pihak mana dan siapa pengundinya, serta mampu menarik mereka maka sudah pasti parti itulah yang akan memenangi PR kecil Parlimen Ulu Selangor yang akan datang. Kalau sumurbandung teropong pilihanraya kali ini PKR akan meletakkan calon seorang Doktor bagaimana dengan BN?

Bekalan air sering terganggu

SAJ merupakan sebuah syarikat bertanggungjawab membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat dinegeri Johor tidak kira diceruk pelusuk mana sekali pun. Singapura negara jiran mendapat bekalan air mentah dari Johor. Raykat Singapura sentiasa berpuas hati dengan khidmat bekalan airnya walaupun rakyatnya tinggal diflat tingkat ke 35. Malang bagi rakyat di Johor walaupun tinggal dirumah setingkat, air paip yang keluar perlahan dan kadangkala tidak keluar langsung. Rakyat masih bersabar dan tetap membayar bil-bil air yang dituntut oleh SAJ. Jika terdapat kebocoran diadu oleh orang awam melalui telefon, sering tindakan yang diambil oleh kakitangan SAJ lambat. Sudah pasti perkara seumpama ini mendatangkan kerugian dan pembaziran.