SUMUR BANDUNG

Wednesday, March 31, 2010

Politik BN

Apabila wakil rakyat kawasan Ulu Selangor meningal dunia maka kekosongan perlu diisi. Lantas MIC (May I Come in) dengan izin mencalonkan bekas calonnya yang tewas dalam PRU ke 12.Pada saya MIC perlu lihat berapa peratus pengundi kaum India dikawasan itu. Jika tidak sampai 30% mengapa beria-ia hendakkan tempat tersebut sedangkan majoritinya pengundi Melayu. Ini bukan masalah perkauman tetapi lebih kepada survival BN wajib menang bagi menentu hala tuju dalam PRU ke 13 kelak. Saya lebih suka melihat calon yang bertanding disatu satu kawasan perlu mengikut majoriti kaum itu. Sebagai contoh jika kawasan itu majoriti kaum tionghua maka biarlah MCA/GERAKAN bertanding melawan pembangkang dari DAP.Kita juga ingin tahu sejauh mana kesetiaan ahli komponen BN. Jika calon DAP menang dikawasan majoriti kaum tionghua maka kesetiaan MCA/GERAKAN boleh kita pertikaikan. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang. Selama ini calon MCA/GERAKAN/MIC letak dikawasa majoriti Melayu mampu untuk meraih kemenangan. Tetapi tidak bagi calon UMNO yang bertanding dikawasan majoriti bukan melayu belum tentu calon UMNO mewakili BN boleh menang.Orang melayu memang suka bersikap bertolak ansur sehingga haknya terhakis sikit demi sedikit bagi menjaga perpaduan kaum dinegara yang tercinta ini.

Pendidikan

NUTP telah mengorak langkah mempertahankan tugas guru yang bertambah masa kini tidak berfokus kepada tugas mengajar dibilik darjah.Bebanan guru ditambah dengan kerja-kerja klinikal.Selama ini walaupun tugas guru rencam tapi masih mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar.Lihat saja keputusan peperiksaan awam saban tahun meningkat pencapaiannya kearah kecemerlangan.Tidak wajar bagi saya, NUTP mempertikaikannya. Jawatan guru bukan saja mengajar tetapi lebih kepada pendidikan.Matlamat pendidikan disekolah ialah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan dalam aspek 'JERIS'. Jika NUTP faham akan matlamat pendidikan disekolah maka sudah sewajarnya NUTP menyokong usaha KPM. Sekolah memerlukan guru yang serba boleh bukan hanya mengajar dan mengabaikan aspek kebajikan, perkembangan sahsiah diri dan aktiviti ko-akademik pelajar. Tidak rugi jika guru melibatkan diri menyumbang kepakaran dan tenaganya dengan memegang pelbagai tugas di sekolah. Guru merupakan sumber inspirasi bukan saja disekolah malahan diluar sekolah masyarakat masih memerlukan khidmat guru dalam kerja-kerja sosial. HIDUP GURU!!!!!

Tuesday, March 30, 2010

astro oh astro

Tahniah kepada Syarikat ASTRO kerana untung RM430.82 juta berakhir 31.1.2010. Pemegang saham Syarikat tentu rasa bangga dan puashati dengan keuntungan yang diperolehi oleh ASTRO. Bagi kami pengguna rasa sebaliknya. Sudahkah pihak Syarikat membuat penilaian kepuasan pengguna sebelum fikirkan keuntungan. Sebagai contoh (1) waktu hujan adakah rancangan di ASTRO boleh ditonton? Kalau purata 10minit sehari pengguna gagal menonton rancangan ASTRO disebabkan hujan dan kiralah dalam sebulan dan setahun? Pengguna tetap membayar kos sewaan langganan bulanan tanpa diberi diskaun walaupun rancangannya tidak dapat ditonton. Conoh (2) Kebanyakan rancangannya diulangi (replay) sehingga penonton rasa bosan. Saya mencadangkan ASTRO mencari strategi menang-menang agar pengguna rasa bayaran yang dikenakan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.